Saffiya masih lagi bersimpuh diatas tikar sejadahnya.Wajahnya kebasahan dek airmata yang mengalir tanpa henti tadi.Terasa kerdil hamba-Mu ini tatkala menghadap-Mu,Ya Allah.Saffiya menyeka air matanya.Perlahan-lahan dia bangun.
`Saffiya dah selesai solat?'Humairah muncul di muka pintu bilik.Saffiya mengangguk sambil tersenyum.
`Akak tunggu kat dapur ye.Kita makan malam sama-sama,'Humairah meninggalkan Saffiya keseorangan disitu.Saffiya menghela nafasnya.Telekung tadi sudah dibukanya.Rambutnya yang panjang mengurai itu disisir rapi.Kuning emas warnanya.Tiba-tiba Saffiya menjadi sayu.Apakah sah wudhuknya tadi?Apakah ibadatnya diterima Allah?
===========================================================================
Azhan berjalan masuk ke perkarangan rumah kakaknya yang tersergam indah itu.Dilaungnya salam berulang kali namun tiada sahutan.Azhan mencekak pinggangnya.Kemana pula kakaknya pergi?
`Encik cari siapa?'Saffiya muncul dari belakang rumah,Azhan berpaling.Bergetar jantungnya melihat gadis jelita itu.
`Err...saya cari kakak saya,'
Saffiya berkerut.
`Kak Humairah?'
Azhan mengangguk.Saffiya pula tersenyum.
`Ni Encik Azhan,kan?'teka Saffiya,Sekali lagi lelaki itu mengangguk.
`Kak Humairah ada pesan yang Encik Azhan nak datang.Tapi dia keluar sekejap.Ada urusan katanya,'jelas Saffiya.Azhan hanya merenung wajah gadis itu.Sempurna sungguh ciptaan Illahi ini.
`Encik Azhan duduk sini dulu lah.Saya ambilkan minuman sekejap,'
`Tak perlu susahkan diri.Saya baru lepas minum,'
Langkah Saffiya mati disitu.
`Are you sure?'
`Yes!Errmm..maaf bertanya.Awak ni siapa?'soal Azhan.
`Nama saya Saffiya.Saya adik angkat Kak Humairah,'Saffiya membetulkan tudungnya.
`Encik Azhan,saya...,'
`Tak payahlah formal sangat.Panggil Azhan je,'
Saffiya tersenyum.Terasa malu pula.
`Err...Azhan,sebenarnya tadi saya ada jerang sesuatu di dapur.Saya nak masuk sekejap,ye,'Saffiya beredar meninggalkan Azhan sendirian disitu.Azhan menarik nafasnya.Entah mengapa hatinya begitu tertarik setelah melihat wajah Saffiya.
==========================================================================
Saffiya menangis teresak-esak didalam bilik.Hatinya pedih bagai dihiris-hiris.Kali ini kekecewaan yang dialaminya amat terasa.Salahkah jika aku mahu berubah?Kembali ke pangkal jalan?Bertaubat kerana Allah?Salahkah?Mengapa masih ada yang memperlekehkan niat murniku?Mengapa?Segala barang yang ada di dalam bilik itu dicampaknya.Tiba-tiba dia kaku.Matanya tertumpu pada sebotol pil tidur yang bergolek dikakinya.Tangannya pula mencapai pisau lipat.Imannya mula goyah.Pendiriannya mula lenyap.Syaitan mula menguasai dirinya.
==========================================================================
`Apa hal ni,kak?'tanya Azhan yang berlari mendapatkan Humairah.
`Akak tak tahu.Dah sejam dia berkurung dalam bilik ni.Tadi bising tapi sekarang ni dah senyap.Akak risau,Han,'
Azhan mengetuk pintu bilik berulang kali.
`Saffiya!'jeritnya sekuat hati.
`Tak ada kunci spare?'
`Akak dah bukak tapi dia selak dari dalam,'
Azhan nekad.Pintu harus dipecahkan.
`Tepi sikit,kak!'
Humairah memberi laluan.
`Praakkk!!'
==========================================================================
`Akak pergilah balik dulu.Biar Han tunggu Saffiya,'
Humairah mengangguk lalu bangun.
`Nanti akak bawa nasi.Akak balik dulu,'
Azhan keseorangan disitu.Dia berjalan masuk ke dalam wad yang dihuni Saffiya.Gadis itu masih belum sedar.
`Cubaan bunuh diri.Kami dah pam keluar lebih kurang 20 biji pil tidur dari perut pesakit.Kesan kelar pada pergelangan tangan dia juga tak serius,'
Kata-kata doktor masih lagi terngiang-ngiang ditelinganya.Azhan menggeleng.Gadis ini lemah.Saffiya memerlukan pembimbing.
==========================================================================
Saffiya berjalan keluar dari pub mewah di ibu kota itu.Dari tadi ketawanya tak henti-henti.Mata sekeliling hanya memandang dengan penuh rasa hairan.
`Fifi,tunggu dulu!'laung Janet yang terkocoh-kocoh mendapatkan Saffiya yang berhenti di parkir.
`Ada orang nak jumpa kau,;
Saffiya mengeluarkan kunci keretanya.
`I'm too tired.I want to go home,'Saffiya menguap.
`Please.Fifi.Night is too young,'pujuk Janet.Saffiya menggeleng lalu berjalan menuju keretanya.
`You tak nak jumpa I?'
Langkah Saffiya mati tatkala mendengar suara itu.
`Mark!'Saffiya meluru mendapatkan lelaki itu.Dirangkul erat lelaki kacukan itu.
`Bila you balik?
`Petang tadi,'Tangan Mark melingkari pinggang ramping Saffiya.Gadis molek itu merelakan saja perlakuan lelaki kesayangannya.
`Look at you now.Gorgeous!!'Mata Mark puas meratah segenap tubuh Saffiya.Dengan hanya mengenakan skirt pendek dan singlet ketat,itu saja sudah cukup untuk mencabar keinginan sang buaya.
`Fifi,i miss you.Temankan i malam ni,'ajak Mark sambil mengenyit matanya.Saffiya tersenyum nakal.
`Let me think it first,'
==========================================================================
Saffiya membuka matanya perlahan-lahan.Seluruh tubuhnya terasa begitu lemah sekali.Dia memandang sekeliling.Kemudian kedua pergelengan tangannya.Masih bernyawa hamba-Mu ini,Ya Allah?
`Dah bangun?'sapa Azhan yang duduk disisi Saffiya dari tadi.Saffiya cuba untuk bangun namun pantas dihalang Azhan.
`Jangan banyak bergerak.Awak masih lemah.Kena banyak rehat,'nasihat Azhan.Saffiya mengeluh.
`Kak Humairah mana?'perlahan sekali suaranya seakan berbisik.
`Ada kat kedai.Saffi,saya nak panggil doktor sekejap.Awak jangan tidur tau,'pesan Azhan lalu meninggalkan Saffiya disitu.
==========================================================================
`Jamilah.kita umat Islam di muka bumi ni,perlu saling membantu,saling menyokong.Bukannya saling mengutuk dan menjatuhkan.Salah tu,'
Jamilah tunduk.Dibiarkan saja Humairah berkhutbah dihadapannya.
`Kamu tahu kan,ganjaran yang akan kamu dapat sekiranya kamu sendiri membantu Saffiya kembali ke pangkal jalan.Berlipat ganda pahalanya.Tapi sebaliknya yang kamu terima bila kamu terus-menerus mencemuh dia,'
`Tapi kak,saya tak suka dia.Lagipun,kalau saya tolong dia,bukannya berbaloi.Ibadat yang dia buat kosong kak,kalau rambut masih celup kuning lagi,'lancang sekali Jamilah berkata-kata.
`Jamilah!Siapa kamu untuk menentukansah atau tidak amalan seseorang?Kamu tiada hak!Kamu tahu,tak?Setiap orang yang bertaubat,dia diibaratkan lahir semula dari rahim ibu.Putih,bersih dan suci dari dosa.Tolonglah,buang perasaan busuk hati kamu.Gara-gara kamu,dia terlantar di hospital,'Humairah duduk di kerusinya.
`Itu salah dia sendiri.Syaitan dah biasa bertenggek kat dia.Itulah sebab dia jadi macam tu,'sinis sekali bunyinya.
`Astaghfirullahalazim.Sudahlah,Jamilah.Membazir masa je cakap dengan kamu ni.Akak nak ke hospital.Tolong jaga kedai,'Humairah mengambil beg tangannya.
`Mudah-mudahan Allah beri petunjuk supaya kamu sedar kesilapan kamu,'ujar Humairah sambil menepuk bahu Jamilah.
==========================================================================
Azhan memimpin Saffiya berjalan ke taman mini di halaman rumah.Sudah 2 hari dia terperuk dirumah sejak keluar dari hospital tempoh hari.
`Awak akan menjadi hamba Allah yang mati sia-sia sekiranya maut datang menjemput awak hari tu,'
Saffiya merenung wajah Azhan yang tenang itu.
`Bunuh diri adalah salah satu daripada dosa besar.Tak cium bau syurga tau.Hanya orang yang tiada pegangan agama,tiada Tuhan,yang menggunakan cara ini sebagai penyelesaian terbaik,'Azhan menarik nafasnya.
`Saya jahil.Saya tak tahu apa-apa,'Saffiya mulai sebak.
`Dugaan yang awak hadapi tu tak besar.Saffi.Pada masa akan datang,dugaan yang lebih besar daripada ni yang akan awak tempuh.Ini salah satu caranya Allah nak tengok sekuat mana pegangan agama umat-Nya,seteguh mana imannya,dan sejauh mana kepercayaannya terhadap Penciptanya sendiri,'
Saffiya kaku.Kata-kata Azhan itu begitu menyentap jiwanya.Alhamdulillah,Ya Allah!Kau masih memberiku peluang kedua untuk memperbaiki kesilapan masa silamku.
`Awak kena kuat,Saffi.Jangan biarkan emosi mempengaruhi diri awak.Kak Humairah sedih tengok keadaan awak macam ni.Saya sendiri tak sanggup.Awak jangan risau.Saya akan sentiasa ada disisi awak ketika awak memerlukan,'janji Azhan.
==========================================================================
Peluh membasahi dahi Azhan.Jantungnya berdegup kencang.Tangannya kemas menggenggam erat jemari Saffiya.Suasana didalam bilik bersalin itu sungguh cemas sekali.Sesekali Saffiya mengerang kesakitan.Kalaulah situasi itu boleh ditukar,dia sedia menjadi galang-gantinya.
`Puan sabar,ye,'ujar jururawat bertugas sambil mengusap lembut perut Saffiya.Hati Azhan direntap sayu.Melihatkesakitan yang dilalui isterinya bagi menyempurnakan kelahiran zuriat pertama mereka.
`Doktor dah sampai.'
==========================================================================
Humairah berjalan terburu-buru keluar dari lif.Matanya liar ke kiri dan kanan mencari wad yang dihuni Saffiya.Kemudian dia berhenti dihadapan wad 3 Anggerik.
`Assalamualaikum,'ucap Humairah ketika menolak daun pintu.
`Comelnya!Ada iras kamu,Han,'Humairah menggendong bayi kecil itu.Azhan memaut bahu isterinya yang masih lemah itu.
`Han kan ayahnya,mestilah ada iras Han,'
Saffiya hanya tersenyum.
`Akak lawat siapa tadi?Abang Han cakap akak pergi tengok orang sakit,'tanya Saffiya.
`Baru akak teringat.Akak lawat Jamilah tadi.Ada kat tingkat bawah,'ujar Humairah.Saffiya berkerut.Azhan juga kehairanan.
`Sakit apa,kak?Semalam Han pergi kedai akak, dia elok je,'
Humairah mengeluh panjang.Ubun-ubun bayi itu diusap perlahan.
`Akak pun tak tahu.Mulut dia bengkak.Nak buka pun tak boleh,'jelas Humairah.Azhan menggeleng.
`Kesian Jamilah,'
`Entahlah,Saffi.Akak rasa orang macam Jamilah tu,tak payahlah nak kesian.Mungkin ini balasan yang Allah bagi sebab mulut laser dia,'Humairah meletakkan semula bayi itu di katilnya.
`Dah la tu.Tak payah cakap pasal dia lagi.Anak kamu ni dah ada nama ke?'
Azhan dan Saffiya saling berpandangan.
==========================================================================
Saffiya berjalan perlahan menghampiri katil itu.Lelaki yang terlantar itu hampir-hampir tidak dikenalinya.Sungguh berbeza.
`Fifi,'panggil lelaki itu.Saffiya agak gementar.
`You dah lain.Cantik,'tutur lelaki itu lagi.Saffiya tersenyum sayu.
`Siapa budak ni?'Jari telunjuknya menuding ke arah kanak-kanak lelaki yang memaut kaki Saffiya.
`My son.Azfar.2 years old.Mark,macam mana boleh jadi macam ni?'soal Saffiya yang masih lagi terkejut dengan keadaan Mark itu.Mark tersenyum.
`After we're break up,i be with Janet.Semuanya berpunca dari Janet.Dia pembawa HIV.Like you know,kami amalkan seks bebas,'
Saffiya beristighfar.
`Janet ada kat mana sekarang?'tanya Saffiya lagi.Mark terdiam seketika.
`She's dead.Last month,'
Saffiya menekup wajahnya.
`Sebab tu i cari you.I tahu yang i akan mati tak lama lagi.I need your help.I mahu mati sebagai seorang Islam,'
Airmata Mark mengalir basah ke bantal.Saffiya memanjatkan kesyukurannya kepada Allah.
`I will help you.Don't worry,'janji Saffiya.
==========================================================================
`Azfar balik dengan mak long dulu.Ibu nak tunggu kat sini sekejap,'
Humairah segera mendukung anak kecil itu.
`Akak balik dulu tau,'
Saffiya mengangguk.Satu-persatu manusia meninggalkan tanah perkuburan itu.
`Saffi dah selesai ke?tanya Azhan.Saffiya mengangguk.Direnunginya batu nisan itu.Malik Abdullah.Sesungguhnya dia tidak menyangka Mark akan memeluk Islam.Alhamdulillah,dengan bantuan Saffiya dan Azhan,Mark dapat pergi dengan tenang.
`Abang,abang menyesal tak kahwin dengan Saffi?'duga Saffiya ketika berjalan ke kereta.Azhan bingung.Soalan apa pulak ni?
`Jawablah,'rengek Saffiya.Azhan mengangguk.Saffiya terbeliak.
`Gurau je lah.Abang tak nak jawab.Abang tak suka Saffi ungkit kisah lampau.Just forget it,'
Saffiya mengangguk lalu tersenyum.
`Saffi,abang ada satu permintaan.Saffi boleh tunaikan?'
Saffiya mengangguk.
`Boleh jadi Fifi untuk abang?Sehari je.Tengok gambar yang Mark simpan tu....fuhhhh!Macam fasha sandha!'usik Azhan lalu ketawa berdekah-dekah.Saffiya mencebik.
`Abang tidur ruang tamu malam ni!'rajuk Saffiya.Azhan berhenti ketawa.Terlupa pula dengan keadaan isterinya ketika ini.
`Janganlah macam tu.Nanti baby dalam perut tu rindu kat ayah dia,'pujuk Azhan,Saffiya mengusap perutnya yang sudah kelihatan buncit itu.
`Tiada bantahan!Tiada rayuan!'
`Saffi!'
`````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````
Rabu, 25 Mei 2011
Selasa, 24 Mei 2011
Assalamualaikum w.b.t juga salam sejahtera pada anda semua yg sudi melawat blog sy ni..Blog ini dibina spaya sy dpt brkongsi pndapat jga pndangan anda semua yg brminat di dlm bdang pnulisan cerpen jga novel...Sy jga mngalu alukan kpd sesiapa yg ingin brkongsi krya anda dgn mnyiarkannya dsni...slamat datang n enjoy it...!!
Langgan:
Catatan (Atom)
